suria

Kebakaran berantai... BMW, Volkswagen Golf hangus depan mata

KOTA KINABALU: Lima kenderaan termasuk dua kereta mewah hangus terbakar dalam kejadian di tapak letak kereta Damai Point pada Selasa malam.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 8 malam itu dipercayai bermula dari sebuah kenderaan berdekatan sebelum marak dengan cepat.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Faizal Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8:30 malam dan 10 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9 malam dan pemeriksaan dijalankan di kawasan terjejas untuk memastikan tiada punca yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

"Antara kenderaan yang terbabit adalah Toyota Altis, Proton Persona, Volkswagen Golf, BMW dan Toyota Vios. Siasatan masih dijalankan", kata Faizal Wahid.

Menerusi rakaman mengenai kebakaran tersebut yang tular di media sosial, kelihatan beberapa buah kenderaan sedang terbakar dan disaksikan orang awam di lokasi kejadian.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dan operasi tamat pada jam 10 malam.

bomba, kereta terbakar


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi