OKU buta beri nasihat 'makan dalam' untuk penganggur malas kerja - Video | mStar

KEKURANGAN yang dimilikinya tidak dijadikan alasan untuk terus mengharapkan 'tongkat' atau bantuan daripada orang lain.

Dilahirkan cacat penglihatan sejak kecil,  Azhar Ibrahim, 35, membuktikan insan istimewa sepertinya juga mampu berjaya setanding dengan individu yang dilahirkan sempurna.

"Tidak kira OKU atau orang biasa, kepada yang masih menganggur... berusahalah.

"Saya bukan nak membangga diri, tapi kalau saya tidak bekerja maka tiadalah sumber pendapatan," katanya pada Khamis.

Azhar ditemui media ketika mengikuti lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar ke bengkel motosikal miliknya di Kampung Batu Enam, Batu Gajah, Perak.

Azhar mengusahakan bengkel motosikal di rumahnya di Batu Gajah, Perak.

Kecekalan Azhar mengusahakan sendiri bengkel tersebut sejak mula beroperasi pada 2011 wajar dijadikan contoh dalam masyarakat.

"Jangan harapkan ibu bapa. Cukuplah mereka menanggung makan dan minum, jangan pula perbelanjaan harian juga menjadi tanggungjawab mereka.

"Jadi kepada rakan-rakan OKU dan orang yang celik, carilah peluang-peluang yang ada," kata Azhar.

Azhar merupakan salah seorang daripada 171 penerima Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kelainan Upaya di seluruh negara.

Sejak 2013, Azhar telah menerima bantuan hampir RM11,000.

Azhar Ibrahim , OKU buta
Semua
Hiburan
Berita
Variasi