suria

Larangan merokok di premis makanan, wajar atau diskriminasi?

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat meluaskan lebih banyak kawasan larangan merokok di tempat awam termasuk kedai dobi layan diri.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu sebagai usaha mendidik orang ramai mengenai kesedaran untuk mewujudkan masyarakat yang sihat.

"Ketika tinjauan tadi saya berkesempatan memerhatikan beberapa tempat awam lain seperti kedai dobi.

"Saya lihat ada yang merokok di situ dan kita bimbang jika perokok dedahkan asap rokok hingga mewujudkan kepada perokok pasif kepada orang lain.

“Kita akan kaji dan rangka lebih banyak tempat awam untuk diwartakan sebagai tempat larangan merokok,” katanya ketika ditemui selepas Program Walkabout Promosi Tempat Makan Sebagai Tempat Larangan Merokok, di Bandar Sri Permaisuri, pada Selasa.

Sementara itu, tinjauan ke beberapa restoran dan premis makanan mendapati hasrat kerajaan itu disambut baik masyarakat di negara ini.

Perokok mulai akur apabila mereka dilihat berada tiga meter daripada premis kedai makan.

Selan itu notis larangan merokok juga sudah banyak ditampal di premis-premis perniagaan makanan.

Menurut Bob Hisham Mohd Sidek, 47, larangan merokok di tempat awam merupakan langkah terbaik bagi mendidik orang ramai mengenai kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat.

"Kita semua sedia maklum orang di sekeliling akan turut terkesan jika terkena asap rokok, jadi langkah ini seharusnya disambut baik kita semua.

"Cuma, untuk menambah baik lagi kerajaan seharusnya menyediakan kawasan khas khusus untuk perokok," ujarnya.

Sementara itu, Azrie Idzmeer Rosli, 27, yang merupakan seorang perokok juga bersetuju agar ruangan khas disediakan untuk perokok.

"Saya rasa tiada masalah dengan perlaksaan ini kerana bukan semua tempat kita tidak boleh merokok.

"Jika kita lihat di negara-negara maju misalnya London dan Jepun, kerajaan mereka menyediakan satu ruang khas untuk perokok. Mungkin di Malaysia juga boleh melaksanakan cadangan ini, katanya.

larangan merokok, kedai makan


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi