suria

Ramai cuba tiru aksi 'lucah' Kak KM, tapi tak jadi! - Normah Damanhuri

KERAP tampil dengan aksi ghairah di laman instagram, pengasas produk kecantikan iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM menerima kecaman netizen.

Menurut ibunya yang juga merupakan pelakon veteran, Normah Damanhuri, 64, aksi yang dilakukan oleh Liana itu merupakan antara strategi pemasaran produk.

Ujarnya lagi, video yang dihasilkan Liana itu terbukti berjaya menarik ramai peminat dan pembeli.

Normah bersama anaknya, Liana.

"Itu cara dia mempromosikan produk dan video yang dihasilkan turut disukai ramai sehingga menjadikan dia popular.

"Saya tengok ramai yang cuba buat macam dia, tapi tak jadi," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama Misteri Wan Peah ini ditemui pada majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL, Kuala Lumpur.

Normah ambil tahu mengenai anak-anak.

Dalam pada itu, Normah mengakui ada memberi teguran kepada usahawan tersebut berhubung isu ini.

"Kalau ada benda yang melampau kita tegur dan syukur mereka dengar cakap ibu.

"Yang tak tahu perangai sebenar dia, boleh datang kenal dia dahulu baru tahu macam mana.

"Dia seorang yang sentiasa ceria, peramah, baik hati dan ikhlas dalam pekerjaan," ujarnya.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Normah Damanhuri, Liana Rosli


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi