“Tak cemburu ke baca gosip cinta Ruhainies, Safawi?” - Ini jawab Wani Kayrie! - Video | mStar

“Tak cemburu ke baca gosip cinta Ruhainies, Safawi?” - Ini jawab Wani Kayrie!

PENYANYI Wani Kayrie meminta peminat tidak lagi mengaitkan namanya dalam gosip cinta diantara pelakon Ruhainies dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid.

Menurut Wani, kisah dia dan Safawi sudah lama berlalu, malah berharap agar gosip lama itu tidak terus menjadi perbualan netizen.

"Tidak pelik jika orang terus kaitkan saya dengan Safawi kerana kami pernah ada gosip tahun lalu. Tapi sebolehnya saya tak mahu lagi nama dikaitkan dalam gosip cinta terbarunya itu.

"Sampaikan ada yang tanya saya, tak sedih dan cemburu ke bila Safawi digosipkan dengan Ruhainies pula.

Ruhainies dan Safawi.

"Untuk apa saya nak cemburu? kita kena profesional dan Ruhainies juga merupakan antara kawan rapat saya," katanya kepada mStar Online.

Wani ditemui semasa sidang media program realiti nyanyian Big Stage yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menerusi laporan portal ini pada Khamis lalu, Ruhainies menegaskan hubungan dia dan Safawi hanya sekadar kawan dan tidak pernah terfikir untuk ke fasa seterusnya.

Ruhainies berkata dia hanya mempunyai masa untuk memikirkan karier lakonan dan bidang penerbitan yang baru diceburi.

"Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya," ujarnya.

Wani Kayrie , Ruhainies , Safawi Rashid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain