suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudahlah kereta kena 'angkut', duit pun melayang – Azad Jazmin

GARA-GARA parkir ditempat yang tidak sepatutnya, kereta milik pelakon Azad Jazmin ditunda pihak berkuasa.

Menurut Azad, ketika kejadian dia mempunyai urusan di kawasan tersebut dan tersilap meletakkan kenderaan.

"Saya pandai-pandai parkir ditempat tak sepatutnya iaitu double parking dan mengganggu lalu lintas.

"Selesai urusan di salah sebuah premis berdekatan, saya lihat kereta sudah ada di atas trak tunda.

"Memandangkan saya bawa dua orang anak bersama, mereka (penguatkuasa) bagi kami naik sekali," katanya kepada mStar Online.

Azad berada dalam keretanya yang ditunda pihak berkuasa.

Sementara itu, Azad mengakui kesilapan dan tidak menyalahkan pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

"Mereka menjalankan tugas dan apa yang berlaku memang salah saya.

"Pesanan saya kepada masyarakat di luar sana, kalau nak parkir kereta pilih tempat yang betul. Jangan ikut sesuka hati sahaja, kalau tidak melayanglah RM150!," ujarnya.

Video yang dimuat naik Azad dilaman Instagram itu menarik perhatian pengikut yang terhibur dengan gelagat Azad dan anak-anak.

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online ini.

Azad Jazmin


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi