suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemburu Awek Kena Kacau, Geng Budak Sekolah Belasah Remaja Tanpa Belas

SEORANG pelajar lelaki yang dituduh mengganggu pelajar perempuan ditendang dan ditumbuk bertubi-tubi dalam kejadian di sebuah sekolah di Klang, Selangor, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli yang mengesahkan perkara itu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mahu pulang ke rumah setelah selesai waktu persekolahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Mangsa bagaimanapun telah dipanggil salah seorang pelajar berkenaan dan dibawa ke bahagian belakang bangunan sekolah itu sebelum dibelasah dua pelajar sekolah lain.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Kes disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi