suria

“Tak puas hati tak dapat tarik”... Ali XPDC masih boleh menyanyi, amal makanan sunnah untuk cepat sihat

VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Ali meluahkan rasa syukur apabila masih diberikan kekuatan untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya tahun ini.

Meskipun karier seninya kurang aktif kerana masalah kesihatan, Ali atau Mohd Ali Ismail, 56, terharu apabila masih menerima banyak undangan nyanyian bagi tahun 2024 ini.

“Alhamdulilah terima kasih kerana mendoakan saya dan sekarang ini boleh menyanyi cumanya ada sikit-sikit saja bahagian yang kurang tapi okay sahaja.

“Terakhir persembahan saya tahun lepas dengan kumpulan XPCD pada Disember dan kemudian menyanyi secara solo tiap-tiap minggu macam itu, persembahan pula tak macam dulu tak boleh tarik dan kurang puas hati tapi saya cuba juga buat yang terbaik.

“Sekarang ini saya memang perlahan sikit tapi berkat doa InsyaAllah semuannya okay lagipun saya masih dalam rawatan susulan dan amalkan cara perubatan Islam dan sunnah,” kata Ali kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Ali bakal beraksi bersama kumpulan Rusty Blade dalam sebuah acara di Singapura pada Mei depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi