suria

“Mak approve!” - Nubhan sudah minta pandangan ustaz, ada sebab warnakan rambut

GARA-GARA mewarnakan rambut dengan warna agak terang, penyanyi Nubhan Ahmad menerima kecaman dan kritikan netizen di media sosial.

Mengulas mengenai perkara itu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Haji Ahamad, 38, berkata dia menerima teguran itu dengan hati terbuka, namun menjelaskan tujuan mewarnakan rambut itu bagi membina keyakinan dirinya.

“Kalau nampak perubahan pada diri, itu maksudnya sedang tertekan... saya tahu ramai yang tegur rambut ini sehingga meletakkan hukum semua.

“Saya ikut arwah ayah saya rambut putih beruban dan sekarang ini memang dah nampak ke arah itu... nak warnakan hitam haram maka atas nasihat ustaz juga katanya boleh jadi warnakan rambut warna lain selain hitam.

“Apa yang saya buat tidak melampau dan tidak menganggu sesiapa jadi tiada masalah sebab saya tak mahu buat sesuatu perkara itu hilang keberkatannya, saya sudah beritahu mak dan tanya ustaz mengenai perkara ini,” kata Nubhan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi