suria

Nak kurus punya fasal, Iqbal Zulkefli jalani prosedur ‘telan’ belon - “15 hari tak boleh makan”

DEMI merialisasikan impian menurunkan berat badan, usahawan Iqbal Zulkefli akhirnya menjalani prosedur belon gastrik atau Elipse Gastric Ballon bagi menggantikan bariatrik.

Jelas Iqbal, selepas memasukkan belon ke dalam perutnya, dia mengalami muntah-muntah yang teruk sehingga menyebabkan badannya berasa lemah dan tidak bersemangat.

“Waktu pasang okay sahaja boleh hadap sebab 10 minit sahaja proses. Kemudian nak lalui hari pertama dan seterusnya. Hari pertama saya sudah muntah 30 kali, hari kedua pun sama sampaikan rasa tidak bermaya.

“Habis kusam semua. Sampaikan saya tidur sahaja. Bayangkan saya tidak boleh makan selama 15 hari. Tak boleh langsung. Cecair pun yang terpilih contohnya air yang ada vitamin.

“Selepas hari ke-15, baru boleh makan sayur yang dikisar, benda yang lembut," katanya ketika ditemui mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi