suria

Elcah terguris dituduh gila harta, tak minta Mercedes Benz tapi kejutan daripada suami

GARA-GARA menerima sebuah kereta mewah Mercedes siri CLA45S sebagai mas kahwin, personaliti media sosial Elcah dituduh berkahwin buat kali ketiga kerana mengejar harta dan bukannya cinta.

Elcah atau Aien Hasha menjelaskan dia tidak pernah meminta kenderaan tersebut sebaliknya ia adalah kejutan daripada suami iaitu Afi Hamri.

"Saya memang tidak mahu apa-apa janji suami boleh jaga saya dengan baik, jujur dan bertanggungjawab dalam perkahwinan kami.

"Memang terkejut dan saya hanya dapat tahu mengenai kereta ini seminggu sebelum kami berkahwin dan sudah sebulan suami simpan kereta itu dan buat kejutan.

"Jangan terlalu negatif terhadap seseorang malah saya sentiasa bersyukur kerana suami terima saya seadanya sebab bukan semua boleh terima janda seperti saya," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Elcha dan Afi melangsungkan perkahwinan pada 14 Januari lalu dan ini merupakan perkahwinan ketiga personaliti media sosial berkenaan.

Elcah sebelum ini pernah menjadi perhatian selepas mendedahkan dia diceraikan bekas suami dalam tempoh lapan hari perkahwinan.

Hal ini berikutan, wanita tersebut enggan berpoligami dengan kekasih kepada bekas suaminya (perkahwinan kedua) yang dikatakan sudah mengandung anak luar nikah.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi