suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malas, suka menyendiri... Haqiem Stopa rasa tak bersemangat macam kena sihir

PESONALITI media sosial Haqiem Stopa memberitahu dia terkena gangguan sihir hingga mengakibatkan berlaku perubahan ketara pada dirinya saat ini.

Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, berkata kesan daripada gangguan itu membuatkan dirinya menjadi lesu serta banyak urusan kerjanya juga tergendala.

“Nak kata kena sihir tak pasti tapi kadang-kadang rasa lain juga pada diri ni sebab sebelum ni tak pernah jadi macam n, badan jadi berat dan malas untuk buat kerja malah pernah saya duduk seorang diri.

“Saya kenal diri sendiri macam mana kalau keluar balik jam lewat, cara percakapan tapi ada satu masa tu tak boleh jumpa orang kalau nak kata tak boleh hadap kecaman tak juga sebab saya dah lalui kecaman ni daripada dulu lagi,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam pada itu, enggan memikirkan lebih serius, Haqiem bagaimanapun berkata dia belum terfikir untuk melakukan rawatan altenatif secara perubatan Islam kerana kesibukan kerja.

“Saya belum terfikir untuk nak pergi berubat lagi sebab tak rasa sampai kena sihir macam tu sekali tapi sekarang ni saya nak minta maaf kalau saya ada buat orang terguris hati,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi