suria

Abang askar cekal jalani hidup macam orang normal, satu tangan tak halang kerjaya uniform

BARU-BARU tular video seorang anggota tentera dikenali sebagai Along berkongsi mengenai kekurangan pada dirinya dan meraih tontonan sebanyak 4.1 juta di aplikasi TikTok.

Video tersebut menjadi perhatian kerana individu berkenaan memakai uniform tentera sambil memperlihatkan keadaan dirinya yang kurang sempurna selepas mengalami kecacatan pada tangan kiri.

Tidak menyangka video dikongsi itu tular, Along atau Mohd Hazri Abdul, 40, mengakui terkejut kerana mendapat sokongan dan ramai netizen mahu mengetahui kisah kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan tangannya itu.

“Tak sangka pula video ni tular sampai dapat 4 juta dan sebenarnya ramai yang tak tahu kes saya kemalangan motosikal dulu, ramai yang doa untuk saya dapatkan kesihatan baik terima kasih semua.

“Tapi ada juga netizen tanya kenapa saya masih pakai uniform askar lagi, sebenarnya saya masih lagi berkhidmat untuk tentera dan lagi sembilan bulan nak bersara kemudian mungkin tak boleh pakai lagi dah.

“Masa mula-mula kemalangan dulu tu dah tahu tangan tak boleh selamat, tapi saya reda dengan apa yang berlaku malah ada perasaan malu juga sampai keluar berjalan-jalan pun saya tutup tangan kiri kemudian lepas dapat nasihat doktor baru saya okay sikit,” kata Along kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi