DIKATAKAN gaya percakapan mirip seperti pelawak Jep Sepahtu, TikToker Ayie Mat Piah menerima kecaman netizen kerana kononnya dia sengaja meniru pelawak berkenaan.
Menepis tuduhan tersebut, Ayie, 28, memberitahu itu merupakan karakter secara semula jadi dirinya dan bukannya meniru pelawak berkenaan.
“Bila dikaitkan dengan pelawak Jep Sepahtu, itu memang nama yang besar dalam industri dan saya takut sebenarnya sebab risau tuan punya badan tidak selesa.
“Tapi pada pandangan saya kalau nak samakan dengan dia tu mungkin ada sikit daripada segi suara sebab setiap orang ada persamaan, saya tak kisah pun kalau disamakan.
“Ramai yang kecam cakap saya cuba sangat untuk jadi Jep dan ada yang cakap saya ni asyik gelak saja, tapi saya anggap itu adalah biasa saja sebab niat saya memang nak hiburkan orang walaupun kadang-kadang hati ini terluka,” kata Ayie kepada mStar.
TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.