suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagu berunsur seksual, ketengah isu sensitif bukan cara berkarya, Alyph anggap perosak industri muzik - “Baik cari kerja lain”

PENYANYI dan komposer Alyph menyelar tindakan segelintir pencipta lagu yang sengaja mengetengahkan elemen seksual dan isu sensitif dalam sesebuah lagi bagi menari minat pendengar.

Alyph atau Muhammad Aliff Abdullah, 34, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi kebiasaan kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan imej penyanyi tetapi memberi kesan kepada industri muzik tempatan.

“Orang yang sengaja buat macam tu memang saya tak sokong sebab saya rasa perkara itu menipu pendengar muzik, mereka dah kerja satu hari kemudian nak curi lima minit dengan dengar perkara macam tu.

“Saya tak sokong perkara tersebut sebab bagi saya ia nampak murah dan ia tidak sihat sebab untuk jadi artis ni kita perlu ada kejujuran dalam berkarya.

"Betulkan niat dulu sebelum nak buat dan bukannya sekadar cari perhatian atau pun gimik... Baik cari kerja lain kot," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Alyph baharu sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Heat.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi