suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Tesla tak galak lelaki poligami, hidup sibuk selepas berbini dua - “Saya bukan ustaz, nak tip pergi kursus”

PERSONALITI media sosial Abang Tesla mendedahkan dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi sekiranya isteri keduanya itu gagal memberikan zuriat.

Mengulas mengenai perkara itu, Abang Tesla berkata bukan mudah untuk menjalani kehidupan berpoligami dan menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah SWT.

“Benda tu saya bergurau je sebenarnya, bukannya serius pun. Setelah melalui fasa berkahwin dua ni, mungkin tidak la kot(kahwin lagi) cukup la.

“Isu poligami ini atas pilihan individu bukannya semua orang wajib untuk berpoligami, kalau anda rasa mampu silakan, tapi macam saya yang sudah lalui jadi tak sarankan.

“Bila berkahwin dua ni kehidupan saya pun jadi makin sibuk sebenarnya, setiap hari jadual mesti padat tapi Alhamdulilah tuhan bagi rezeki dekat saya dengan baik setakat ini,” kata Abang Tesla kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi