suria

Gosip bakal cerai Shila Amzah fitnah media sosial... Ubai tak campur urusan ibu bapa mentua

PERSONALITI media sosial Ubai menafikan khabar angin mendakwa kononnya hubungan dia dan isteri iaitu penyanyi Shila Amzah sedang dilanda masalah.

Dalam hal ini, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata dia tidak mampu untuk menutup mulut orang, namun menegaskan hubungannya dengan isteri baik-baik sahaja.

“Media sosial tak boleh nak kawal jadi itu memang mulut-mulut orang daripada pelbagai platform.

“Kita kena pandai kawal diri kita juga sebab mulut dan jari jemari orang kita tak boleh nak kawal, jadi kita kena banyak bersabar.

“Macam harini saya datang ke sidang media Famili Duo bersama isteri saya... hubungan kami baik-baik sahaja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi