suria

‘Content’ video jadi inspirasi pelajar, Boss James tak menang tangan penuhi undangan motivasi… Mahu bantu sekolah memerlukan

SERING kali membuat content berunsurkan nasihat, personaliti media sosial dikenali sebagai Boss James kini diundang ke sekolah bagi memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar.

Selain memberikan motivasi serta inspirasi kepada warga sekolah, James juga berkata dia menggunakan peluang itu untuk menghulurkan sumbangan kepada warga pendidik.

“Saya rasa semua orang boleh jadi sumber inspirasi kerana setiap insan mempunyai kisah hidup yang berbeza, kalau kita ambil perkara positif serta tonjolkan kepada orang lain ia boleh dijadikan teladan.

“Saya sangat gembira serta bangga kerana cikgu berikan saya peluang untuk memberikan ceramah dekat sekolah sebelum ini, saya juga berharap agar ada lagi mana-mana usahawan atau individu lain yang boleh datang ke sekolah untuk membantu dalam pendidikan.

“Kami juga ada kolaborasi bersama orang perseorangan dan pasukan lain bagi menghulurkan sumbangan kepada perkampungan orang asli, selain itu sumbangan juga kepada sekolah.

“Jadi kepada mana-mana sekolah yang memerlukan bantuan, boleh hubungi kami dan nyatakan bantuan yang diperlukan,” kata James kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi