suria

Pelakon watak Yah Kuchai selalu tolong masak mi segera untuk arwah Mamat Khalid - “Dia panggil tengok movie sama-sama”

PEMERGIAN Allahyarham Mamat Khalid meninggalkan kesan mendalam kepada pelakon Afea Deanna yang mula dikenali menerusi karakter Yah Kuchai dalam drama Kampong Pisang Bersiri-siri.

Walaupun tidak memiliki pengalaman dalam bidang lakonan, namun Afea Deanna Baharudean, 21, bersyukur apabila bakatnya digilap oleh pengarah tersohor seperti Mamat.

Menurut Afea, arwah percaya dengan bakat yang dimilikinya serta sentiasa memberi kata-kata semangat jika dia berdepan rasa sedih.

“Dia pesan... suara kamu tu sedap kamu boleh bina nama kamu dalam industri seni, practice selalu.

“Setiap kali saya rasa tak yakin, rasa down dia akan bagi ayat yang sama berulang-ulang,” katanya kepada mStar.

Selain Kampong Pisang Bersiri-siri, Afea turut popular menerusi filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Dalam pada itu, Afea turut berkongsi kenangan manis sepanjang bekerja di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak milik arwah Mamat.

"Masa saya mula-mula kenal dengan uncle Mamat saya akan sembunyi dibelakang counter bartender, saya duduk dekat bartender tu saya sembunyi-sembunyi tengok sekali movie dengan dia.

"Ada satu masa tu dia ternampak saya sembunyi dekat belakang dia pun panggil duduk sekali tengok movie dengan dia.

"Pernah juga pada waktu malam apabila dia lapar saya tolong masakkan mi segera untuk dia," ujarnya.

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Slim River, Perak, pada jam 12:30 malam, 24 Oktober lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi