suria

Ismail Izzani tak kekok berlakon dengan Shalma Eliana - “Mula-mula risau juga takut tergelak!”

ADAPTASI daripada novel, drama Lelaki Lingkungan Cinta sudah mula menemui penonton bermula 21 Oktober 2020.

Drama terbitan Zeel Production ini berjaya mendapat trending di Twitter berikutan penonton begitu teruja dengan barisan pelakon yang terlibat.

Bagaimanapun ujar pengarah Emi Suffian, penglibatan ramai pelakon baharu dianggap sebagai cabaran untuknya.

“Pelakon dalam drama ini kebanyakannya baru, sebagai pengarah saya kena campurkan pelakon baru dan lama supaya tidak nampak kekok.

“Kami adakan sesi belajar belakon sebelum mereka masuk ke set dan hasilnya kita boleh nampak kebolehan mereka, ” katanya kepada mStar.

Bagi penulis skrip Marr Mohamad, ia adalah pengalaman baharu dalam menulis skrip berdasarkan novel dan setiap perubahan dalam lakon layar sudah mendapat kebenaran daripada penulis novel.

“Satu pengalaman baharu dalam penterjemahkan adaptasi ini, saya dan team belajar sesuatu dariapdanya.

“Apabila buat drama kita terpaksa tambah dan rombak beberapa perkara dengan kesesuaian dan saya minta izin dulu daripada novelis, ” ujarnya.

Drama Lelaki Lingkungan Cinta ditayangkan menerusi slot Lestary TV3, setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam.

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

Tarikh tayangan: 21 Oktober 2020

Waktu siaran: Slot Lestary TV3, Rabu hingga Jumaat, 9 Malam

Penulis Novel: Lily Haslina Nasir

Penulis skrip: Marr Mohamad

Pengarah: Emi Suffian

Pelakon: Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Aniq Suhair, Aisar Khaled, Syazuwan Hassan, Ruhainies, Izzrin Irfan, Asha Merican, Rozita Che Wan, Che Mat Raja Lawak, Cik B, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi