“Saya tak suka harapkan duit lelaki” - Fieya Julia nak kumpul kekayaan sendiri sebelum fikir soal jodoh

PENYANYI Fieya Julia mengakui kisah di sebalik lagu terbaharunya, Penantian sememangnya ada kaitan dengan kisah percintaannya terdahulu.

Bercakap tentang cinta dan perkahwinan, Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, berkata masih terlalu awal untuknya memikirkan tentang soal itu secara serius.

“Lagu Penantian ada kena mengena dengan diri saya tapi saya cepat move on... tak nak jadikan benda itu beban dalam hidup saya.

“Saya masih lagi belum berpuas hati dengan kedudukan saya dalam industri sebab ramai lagi tidak mengenali Fieya Julia sebagai penyanyi.

“Sekarang saya banyak buat streaming live untuk game, kebanyakan orang masuk dalam Facebook live itu orang ingat saya ini streamer, bukan penyanyi, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi