Ayie Floor88 risau keluarga di Sabah - “Selalu update... hari-hari call tanya khabar!”

PENINGKATAN kes covid-19 di Malaysia khususnya di negeri Sabah membimbangkan ramai pihak termasuklah golongan selebriti.

Salah seorang penyanyi yang juga merupakan anak kelahiran Sabah iaitu Ayie Floor88 mengakui risau keselamatan keluarga di kampung.

Justeru itu, Ayie berkata dia menghubungi keluarganya setiap hari bagi bertanya khabar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditegur kurus kerana ambil barang terlarang... Ayie (Floor88) mahu tambah berat badan - “Nak tutup mulut orang, saya makan banyak!”

“Alhamduillah keluarga saya di kampung baik-baik sahaja. Mereka pun tak keluar rumah dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

“Setiap hari saya akan telefon mereka untuk bertanya khabar. Apa-apa pun sama-sama kita doakan wabak ini segera berakhir dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi