Intai set drama Adellea Sofea, Ungku Ismail nampak ‘sweet’ nak kongsi air dengan Mira Filzah - Video | mStar

Intai set drama Adellea Sofea, Ungku Ismail nampak ‘sweet’ nak kongsi air dengan Mira Filzah

BARU ditayangkan bermula 6 Disember lalu, drama Adellea Sofea kini menjadi bualan ramai dan sering trending di laman sosial Twitter pada setiap kali tayangan.

Menerima sentuhan pengarah, Shahrulezad Mohameddin, drama rantaian ini bagaimanapun bukan karya asalnya seperti yang diterbitkan RadiusOne Sdn Bhd.

“Projek ini agak menarik kerana ini pertama kali saya mengarahkan skrip orang. Seratus peratus karya orang tanpa olahan.

“Apabila mengarah skrip orang, akan ada pertembungan ego kerana saya sendiri adalah penulis skrip. Tapi untuk projek ini saya kena hormati skrip orang dan tugas saya adalah mencantikkan lagi apa yang ada dalam skrip tersebut,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu pelakon Mira Filzah yang memegang watak utama sebagai Sofea berkata, tanggungjawab yang digalas kali ini agak berbeza kerana jalan cerita yang agak berat.

“Watak kali ini memang berbeza daripada yang saya pernah lakonkan sebelum ini dan ia agak mencabar.

“Masa mereka lock untuk slot Akasia ini, saya tak tahu siapa pelakon lain dan jalan cerita pun tahu sinopsis sahaja. Tapi disebabkan pengarahnya adalah Shahrulezad, saya terus setuju, katanya.

Drama Adellea Sofea ditayangkan di slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam.

Produksi: Radiusone Sdn Bhd

Tarikh tayangan: 6 Disember 2019 

Waktu siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam 

Idea asal: Nurul Halawati 

Penulis skrip: Nieza Nahar 

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin 

Pelakon: Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jamine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azaman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi