suria

Tiga tahun kumpulan Data 'peram' lagu baharu kerana BBNU

VOKALIS kumpulan Data iaitu Shidi mendedahkan terpaksa menangguhkan single terbaharu kumpulan itu lebih tiga tahun hanya kerana untuk memberi ruang kepada gelombang 'budak baru nak up' (BBNU) yang berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Shidi atau nama sebenarnya Rashidi Rashid menjelaskan dia dah ahli kumpulan Data yang lain sepakat memberikan laluan kepada penyanyi baru kerana enggan mengambil risiko untuk bersaing dengan mereka.

“Sebenarnya lagu terbaru kumpulan Data sudah disiapkan sejak 2016 lagi, namun kami sepakat untuk 'simpan' dahulu buat seketika kerana penangan golongan penyanyi muda BBNU yang mendapat sambutan hangat ketika itu. Bukan tidak mahu bersaing namun rasanya lebih baik kami tidak menongkah arus.

“Namun lagu Bila Sudah Sayang tidak diabaikan begitu sahaja, saya menyanyikannya sedikit demi sedikit buat tatapan pendengar sehingga mereka merasa tertunggu-tunggu versi penuh. Boleh dikatakan strategi tersebut menjadi,” kata Shidi kepada mStar.

Nama Shidi kembali menjadi perhatian selepas menyertai program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) pada 2016 namun hanya sekadar bertahan selama minggu sebelum tersingkir.

shidi data


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi