Aepul Roza sedia terima padah sindiran terkena pada diri dan keluarganya - Video | mStar

Aepul Roza sedia terima padah sindiran terkena pada diri dan keluarganya

PENYANYI dan komposer Aepul Roza menjelaskan dia bersedia menerima padah jika beberapa lagu berbentuk sinikal yang dihasilkan 'terkena' kembali kepada dirinya.

Aepul atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin, 31, berkata demikian apabila ditegur beberapa indvidu yang kurang senang dengan tindakannya menjadikan beberapa berita panas selebriti tempatan sebagai 'modal' dalam menghasilkan karya termasuklah lagu terbaru nyanyian Carya dan Sarah Fazny berjudul Kali Ketiga yang dikatakan mirip kisah curang penyanyi Aliff Aziz.

“Sebenarnya saya sudah bersedia jika sindirian dalam lagu yang yang dihasilkan terkena pula kepada saya atau keluarga. Setiap apa yang kita lakukan pasti akan dibalas semula.

“Namun ia menjadi satu perkara positif apabila saya sering beringat agar tidak tidak terlibat pula dalam kisah-kisah sama yang dinyanyikan dalam lagu,” kata Aepul kepada mStar.

Februari lalu kumpulan yang dianggotai Aepul iaitu Drama Band mencetuskan kontroversi apabila melancarkan lagu Drama yang dikatakan memerli beberapa seleberiti tempatan.

aepul roza
Semua
Hiburan
Berita
Variasi