suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akim Ahmad puji lagu viral ‘Eleh He Eleh’, muzik catchy bantu penyanyi baharu dikenali… “Kalau saya menyanyi tak sesuailah”

PENYANYI Akim Ahmad tidak kisah jika anak-anaknya mahu menceburi bidang lain selain nyanyian.

Kata Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 31, apa yang penting adalah anak-anaknya memberikan komitmen dan berdisiplin dalam melakukan apa jua bidang yang mereka minati itu.

“Saya sebenarnya tak kisah yang penting mereka minat.

“Apa yang saya nak tanamkan dekat mereka saya harap mereka ada komitmen dan disiplin.

“Tak kisahlah dalam bidang apapun yang mereka nak ceburi,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Akim turut memberitahu dia menyukai lagu Eleh He Eleh yang dinyanyikan bakat baharu iaitu Timah.

“Semua lagu okay dan mesej sampai kepada pendengar. Lagu itu pun okay, catchy dan dekat dengan jiwa semua orang.

“Mungkin hari ini kita rasa tak kena, tapi esok kita boleh terima. Paling penting sentiasalah berkarya dan tunjukkan kita ada ramai bakat kreatif,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Akim and The Majistret akan beraksi pada Absolut Music Fest yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November depan.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi