suria

Pemintaan tak masuk akal! Sarah Suhairi diminta tanggal tudung, akui kurang ‘update’ aktiviti kerana pernah diekori

DIMINTA menanggalkan tudung, penyanyi Sarah Suhairi mengakui ada menerima beberapa komen pelik dan tidak masuk akal daripada netizen.

Tidak terkesan dengan komen itu, Sarah turut mendedahkan sebelum ini dia dilihat menyepikan diri daripada media sosial kerana pernah menerima gangguan daripada individu tidak dikenali.

“Yang minta buka tudung ni mesti individu terbabit ingin tahu jenis rambut saya tapi tak apa kerana dia takkan dapat tengok rambut saya.

“Mungkin komen itu sebagai salah satu cara untuk dia melepaskan geram terhadap saya.

“Sejujurnya saya sudah penat nak fikirkan mengenai orang lain sebab kadang-kadang kesihatan mental diri pun perlu dijaga, secara luaran mungkin nampak macam sihat tapi jauh sudut dalam orang tidak tahu.

“Pernah satu ketika saya senyapkan diri seketika dalam media sosial kerana pernah diganggu oleh individu yang obses dengan saya sehingga terpaksa membuat laporan polis kerana saya berasa kurang selamat,” kata Sarah kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi