suria

Syukur tak banyak ragam! Elisya Sandha tiada masalah tunjuk wajah anak, percaya doa baik peminat

PELAKON Elisya Sandha berkata dia dan suami tiada masalah untuk menunjukkan wajah anak mereka di media sosial.

Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Sandha Hassan, 23, dia percaya netizen akan doa yang baik-baik sahaja buat puteri sulungnya itu.

“Bagi Elisya masing-masing ada hak sendiri, kalau saya tak nak tunjuk gambar Bunga pun boleh je tak nak tunjuk!

“Tapi bagi saya, mungkin ada orang di luar sana menghadapi hari yang sangat sukar tiba-tiba tengok gambar Bunga mereka rasa senang dan sekurangnya buat mereka tersenyum.

“Saya percaya mereka di luar sana yang melihat Bunga mereka akan doa yang baik-baik sahaja untuk Bunga,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Elisya berkahwin dengan Uzair Haqimy Azman pada 21 Ogos tahun lalu.

Mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi