suria

Ada 3 sebab Halim kekal Myra ‘binti Abdullah’, reda kahwinkan anak guna wali hakim

BEKAS penyampai radio Halim Othman, mengakui pada awalnya berasa tertekan dan terkejut dengan reaksi netizen apabila mendapat tahu dia cuba merahsiakan identiti sebagai bapa kepada pelakon Myra Natasya.

Kata Halim, dia kini berasa lebih lega dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku berhubung isu nama itu.

”Menyimpan rahsia adalah berat sebab dia memerlukan banyak tenaga, tetapi saya rasa perkara ini seolah-olah tertulis.

“Memang perkahwinan itu adalah perkahwinan rahsia. Saya dan bekas isteri memang nak beritahu kepada umum fasal Myra ketika berusia 21 tahun tapi disebabkan pandemik benda ni tertangguh,” katanya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi