suria

Aliff Syukri mohon maaf kontroversi MV ‘Kelepok Raya’, minta jangan kaitkan ibu sedang tunai umrah

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meminta orang ramai tidak mengaitkan ahli keluarganya berhubung isu kontroversi video muzik (MV) lagu Kelepok Raya.

Ditemui selepas selesai memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya pada Selasa, Aliff membuat permohonan maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan aksi tarian dalam MV berkenaan.

"Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

"Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah. Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah.

"Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah," katanya.

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman tiba di perkarangan SKMM pada pukul 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

Kehadiran selebriti kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik lagu nyanyiannya yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Klip video raya berkenaan yang memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi