suria

Juliana Evans mahu terus aktif berlakon, selesa cari duit sendiri… Tiada layanan istimewa di set penggambaran

PELAKON Che Puan Juliana Evans tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon, meskipun kini sudah bergelar isteri kepada kerabat diraja.

Kata Juliana, dia masih mahu berlakon dan ingin mencari sumber pendapatan hasil daripada usahanya sendiri.

“I’m still like make money, have my own money dan passion saya.

“Memang ada struggle untuk jadi seorang pelakon dan saya tahu.

“Saya masih nak berlakon dan tawaran tu masih ada non stop,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi