suria

[VIDEO] Tak selera makan, Shuib hilang 9 kg... Sebak setiap kali teringat masakan arwah Siti Sarah

RAMADAN tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib apabila menjalaninya tanpa isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tangisan Talita di kubur Siti Sarah buat ramai sebak, anak gadis Shuib tak dapat tahan air mata rindukan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shuib masih tunggu Sarah hadir dalam mimpi, tak peduli disindir belum ‘move on’

“Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap.

“Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.

shuib 2

Shuib selalu terkenangkan masakan arwah isteri.

“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib berkata, selera makan yang masih tidak menentu menyebabkan berat badannya semakin menurun.

Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasanya seperti tidak lengkap.

SHUIB

PELAWAK

Namun, demi anak-anak, Shuib berkata, dia cuba memaksa diri untuk makan agar kesihatannya tidak terjejas.

“Keluarga saya selalu pesan supaya makan agar tidak sakit demi anak-anak. Saya paksa diri makan tetapi tidaklah terlalu berselera.

“Berat badan saya menurun dari 68 kilogram kepada 59 kilogram sekarang ini. Kalau hitung-hitung dan ikutkan selera sekarang ini, boleh turun lagi sepanjang bulan Ramadan ini,” ujarnya.

shuib 3

Shuib kuatkan semangat demi anak-anak.

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain