suria

Nikki Palikat bangga berjaya puasa 4 hari, teringat kenangan berbuka di masjid... Paling seronok singgah bazar Ramadan

Nikki berjaya berpuasa beberapa hari.

PENGALAMAN berbuka puasa di masjid merupakan antara momen yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi Nikki Palikat.

Meskipun bukan seorang Muslim, Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat berkata dia seronok menikmati suasana Ramadan setiap tahun kerana dapat mengunjungi bazar bagi membeli pelbagai juadah makanan.

"Saya memang teringin nak pergi bazar Ramadan... sebelum ini pun saya ada pergi. Saya paling suka bazar di Kampung Baru, Kuala Lumpur sebab ada pelbagai makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan nak bertanding versi mana lebih sedap, Nikki Palikat harap peminat tak banding vokal arwah Siti Sarah

"Ada la sekali saya pergi bersama kawan-kawan dan beli murtabak daging serta yang wajib air tebu. Menariknya, kami semua berbuka di sebuah masjid.

"Sangat best sebab ini kali pertama saya berbuka di masjid. Saya pun berpuasa ketika itu, jadi saya dapat rasa suasana dan nikmat berpuasa serta berbuka," katanya kepada mStar.

Sebenarnya ada niat nak ikut kawan-kawan berpuasa juga.

NIKKI PALIKAT

PENYANYI

Nikki ditemui ketika majlis berbuka puasa dan pelancaran video muzik (MV) lagu Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam pada itu, naib juara Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini memberitahu biarpun tidak dapat mengikuti rakan-rakan Muslim berpuasa sepenuhnya namun dia tetap berbangga kerana berjaya berpuasa selama empat hari.

Nikki 1

Nikki masih sibuk promosikan lagu Sudah.

"Sepanjang Ramadan ini memang saya sibuk dengan promosi single saya berjudul Sudah. Jadi, saya agak kesuntukan masa. Sebenarnya ada niat nak ikut kawan-kawan berpuasa juga.

"Tapi disebabkan bila menyanyi dan buat rakaman, nak kena minum jadi susah la nak berpuasa. Tapi saya berjaya berpuasa selama empat hari," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain