suria

Rindu Ramadan sebelum Covid-19, Bandi Amuk banyak habiskan masa di masjid, niat nak khatam al-Quran

Bandi akan lapangkan masa untuk solat tarawih di masjid.

RINDU menyambut Ramadan seperti tahun sebelum pandemik Covid-19, penyanyi Bandi Amuk memberitahu dia banyak menghabiskan masanya untuk melakukan ibadah di masjid.

Menjadikan bulan kumpul pahala, Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat, berkata dia hanya menerima undangan untuk membuat persembahan sekiranya melibatkan majlis amal.

ARTIKEL BERKAITAN: Bandi Amuk tak jadi buka topeng, ikut nasihat peminat jangan gadaikan ‘trademark’

"Sebenarnya ikutkan kita dah dua tahun tarawih di rumah saja. Jadi, tahun ini saya cuba untuk lapangkan waktu supaya dapat tarawih dan solat di masjid.

Saya tak pergi bazar Ramadan sebab keluarga ramai... anak-anak dengan cucu lagi.

BANDI AMUK

PENYANYI

"Sebab bagi saya, inilah masanya... kadang-kadang kita tak tahu sampai bila usia kita. Ramai orang tanya, ada show ke Ramadan ini. Ada... tapi show untuk majlis bersama anak-anak yatim.

"Tapi memang sepanjang Ramadan ini, saya banyak habiskan masa di masjid. Dalam bulan puasa ini juga, saya cuba untuk khatam al-Quran juga... Insya-Allah," katanya kepada mStar.

Vokalis kumpulan rock, Amuk itu ditemui ketika majlis berbuka puasa dan pelancaran video muzik (MV) Suasana Di Hari Raya oleh Famili Kita di Wedding Studio, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Berkongsi mengenai aktiviti sepanjang berpuasa, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini memberitahu dia tidak pernah lagi ke bazar Ramadan.

Bandi 1

Bandi lebih suka berbuka puasa bersama keluarga di rumah.

Menurut penyanyi lagu Akar Dan Bumi itu, dia lebih seronok berbuka puasa dengan jamuan yang sudah disediakan isteri dan anak-anak di rumahnya bersama cucu.

"Saya tak pergi bazar Ramadan sebab keluarga ramai... anak-anak dengan cucu lagi. Mereka suka datang rumah saya untuk berbuka puasa bersama. Bila datang, masing-masing bawa makanan juga.

"Jadi, meja pun dah penuh dengan makanan. Tapi makanan utama, memang orang rumah saya yang sediakan. Memang boleh dikatakan setiap hari anak cucu datang rumah berbuka sekali.

"Rumah anak pun dekat saja, selalu la datang bawa cucu-cucu saya sekali. Bukan saya tak keluar rumah, tapi lagi seronok berada di rumah bersama keluarga," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain