suria

Aliff Aziz buat ‘comeback’, aktif tabligh tak halang kembali ke dunia seni - “Niat saya nak cari nafkah”

SENARAI 13 peserta program realiti terbitan astro iaitu Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) sudah pun diketahui pada petang rabu.

Antara yang mencuri tumpuan adalah peserta daripada Singapura, Aliff Aziz yang umum mengetahui penyanyi itu kini aktif mendalami ilmu agama dan menyertai kumpulan tabligh.

Menurut Muhammad Aliff Aziz, 30, dia memasuki GV8 dengan niat untuk mencari rezeki dan nafkah untuk keluarga.

“Ini adalah satu pekerjaan, Aliff tak nak kata pekerjaan ini... pekerjaan itu,”

“Niat Aliff hanya untuk mencari nafkah and rezeki untuk keluarga. At the same time kita buat balik apa yang kita pernah buat dulu yang kita dah pernah tinggal sekejap,” katanya kepada mStar.

Aliff Aziz merupakan satu-satunya wakil dari Singapura dalam program realiti GV8.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi