suria

“Boleh nasihat, tapi jangan bagi tekanan sampai memaksa” - Ryzal Durian Kimchi faham ramai sayangkan Maryam

KETIKA ramai netizen meminta isteri kepada selebriti media sosial Ryzal Durian Kimchi iaitu Maryam berpantang mengikut cara dan adat orang Melayu, dia berharap tiada paksaan berhubung hal berkenaan.

Ujar Ryzal Ibrahim, Maryam atau nama sebenarnya You Narae ada hak untuk memilih cara dan kaedah yang sesuai mengikut kemahuannya demi kepentingan diri sendiri dan anak yang baharu dilahirkan.

“Bagi saya pantang ni tak sepatutnya jadi isu, tak wajib pun dijadikan isu. Mungkin disebabkan mereka taksub dengan Maryam sehingga lupa yang dia ni orang Korea.

“Nasihat boleh tapi jangan memaksa atau memberi tekanan kepada orang luar yang bukan orang Malaysia dan bukan kaum Melayu untuk mengamalkan cara berpantang tradisional kita,” katanya kepada mStar.

Pada 21 Oktober lalu Maryam selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi