suria

Roslan Shah nak pulangkan RM1,000 kepada Iqbal, tak terima sedekah selepas tonton aksi pijak duit

KECEWA dengan sikap Ahmad Iqbal Zukefli dengan aksi memijak duit, penghibur Roslan Shah ingin memulangkan wang berjumlah RM1,000 yang disedekahkan usahawan itu kepadanya.

Ujar Roslan, ia sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan Iqbal yang seakan-akan tidak menghormati rezeki Allah dan menjadi contoh tidak baik kepada generasi muda.

“Saya tengok TikTok dan ternampak duit dipijak-pijak, ditendang-tendang... saya jadi marah seketika. Walaupun duit itu palsu tapi ada gambar Agong.

“Saya risau benda-benda ini diikuti oleh golongan remaja sebab duit itu rezeki bukan untuk dipijak-pijak,” ujarnya kepada mStar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Roslan Shah, Iqbal Pijak Duit,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi