suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pandai cari duit musim PKP, Dayana Roza buat bisnes ‘lunch box’ - “Saya suka masak, saja nak try jual makanan”

PELAKON Dayana Roza memberitahu kehidupannya tidak banyak berubah setelah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember lalu.

Bercakap tentang cahaya mata, ujar Dayana, 30, dia dan suami iaitu A'dale Adham Ayahudin teruja untuk mendapatkan zuriat namun menyerahkan hal ini kepada rezeki.

“Untuk cahaya mata kami memang tiada apa-apa plan, kalau Allah kata nak bagi rezeki, kita terima dan kalau rezeki itu lambat kita sabar dan tunggu.

“Saya dan suami pun memang suka baby, dan kalau ikutkan memang kami teruja nak tunggu. Kalau ada rezeki, adalah la, ” ujarnya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Persahabatan enam tahun membawa ke jenjang pelamin... Dayana Roza kini isteri usahawan - “Tak sangka, jodoh depan mata”

Dalam pada itu, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dayana berkata dia mula menceburi bidang perniagaan makanan bagi mengisi masa lapang.

“Kita dah biasa kerja, lepas tu PKP tak ada nak buat apa.Saya pun macam terfikir nak masak-masak dan cuba untuk jual makanan.

“Saya memang suka masak tapi tak pernah buat benda-benda macam ni... seronok juga tapi jangan ambil order banyak-banyak, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi