suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabila Huda syukur dapat suami tak kuat ‘sentap’ - “Saya masih simpan hasrat nak ada zuriat walaupun dah pernah gagal”

PADA Oktober lalu palakon Nabila Huda berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran buat kali kedua dalam usahanya untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun ketika ditemui baru-baru ini, Nabila, 37, berkongsi hasratnya untuk terus mencuba ketika usia perkahwinannya bersama suami, Mohd Izwan Johar memasuki usia enam tahun.

“Tahun ini lagi sekali saya nak cuba dapatkan zuriat sebab tahun sebelum ini tak berjaya... gagal.

“Jadi tahun ini saya masih menyimpan perasaan dan niat nak ada zuriat, ” katanya kepada mStar.

Sementara itu Nabila yang kini semakin sibuk dengan aktiviti seni berkata dia akan cuba mencari masa untuk bersama keluarga.

“Saya rasa bersyukur sangat kerana ketika orang lain dilanda kesusahan Allah bagi saya rezeki dan masih lagi bekerja walaupun sedikit penat.

“Namun kini saya rasa tak sabar nak habiskan semua kerja supaya dapat luangkan masa bersama suami dan anak, ” katanya.

Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015 dan aktres itu mempunyai seorang cahaya mata bernama Keisha Laila yang kini berusia 11 tahun menerusi perkahwinan pertama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi