suria

“Saya tak fikir panjang sebab excited!” - Sharifah Sakinah cepat ‘move on’ dengan kisah cerai, sedia mula hidup baharu

PELAKON Sharifah Sakinah sudah menjangka akan menjadi perhatian netizen serta pihak media selepas memuat naik gambar bersama kekasih hati, Michael Hansen yang berasal dari Sweden.

Ujar Sakinah, 31, dia sudah tahu risiko yang akan dihadapinya apabila memuat naik gambar dan sudah bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai persoalan yang timbul.

“Apa yang kita post di Instagram, semuanya ada risiko. Saya tahu risikonya seperti wartawan akan tanya dan netizen pun berteka-teki.

“Saya dengan dia memang rapat, keluarga sudah berjumpa dan masing-masing suka sama, ” katanya kepada mStar.

Menerusi rakaman program Melodi Extra Sakinah mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Mei tahun hadapan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi