suria

“Hujung minggu saya jual lemang, kadang-kadang main Bigo Live” - Reedzwann penyanyi lagu Cinta Pandang Pertama

PENYANYI Reedzwann yang dikenali melalui single Cinta Pandang Pertama akui terkesan dengan pandemik Covid-19.

Akibat tiada peluang membuat persembahan berbayar, remaja berusia 20 tahun ini berkata dia terpaksa menjual lemang setiap hujung minggu bagi menambah pendapatan.

“Seminggu sekali saya akan jual lemang untuk cari sedikit duit. Kadang-kadang tak buat apa saya selalu main Bigo Live, ” katanya.

Sementara itu, Reedzwann yang bakal tampil dengan single kedua pada awal tahun 2021 berkata dia tidak terlepas menerima kecaman dan komen negatif netizen.

“Masa first terima kecaman saya rasa macam malas dah nak menyanyi... rasa down.

“Tapi apabila saya fikir balik kenapa saya nak down pasal benda tu, jadi saya ambil komen itu untuk memperbaiki diri, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi