suria

Kehidupan Jamal Abdillah disebalik dunia glamor, makin bahagia melayan keletah dua anak kecil

RAJA Pop Datuk Jamal Abdillah cukup terkenal dengan karakter pendiam dan serius ketika muncul di hadapan peminat.

Namun di sebalik kehidupan dunia glamor, Jamal, 61, sebenarnya adalah seorang yang mesra dan suka bergurau.

Lihat saja bagaimana Jamal melayan puteri sulungnya Nur Azura Yamani yang kini berusia setahun dua bulan.

Kehidupan Jamal kini semakin bermakna selepas dia menyambut kelahiran cahaya mata kedua bernama El Issac Yamani pada November lalu hasil perkahwinan bersama Datin Zai Izzati Khiruddin.

Jamal juga mempunyai dua anak lelaki hasil dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani yang kini berusia 19 tahun dan Ahmad Zaki Yamani berumur 14 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Jamal Abdillah, Artis Sensasi,


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi