suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AR Badul ‘berputih mata’, tak dapat harta tinggalan Mejar Mohd Zahir - “Beritahu kenapa saya tak layak?”

SELEPAS lebih setahun pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, bapa arwah yang juga pelawak veteran AR Badul tampil menuntut haknya sebagai salah seorang waris.

Menurut Badul atau Armaya Aman Ramlie, 71, dia kesal apabila haknya sebagai bapa dinafikan tanpa penjelasan munasabah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas setahun anak meninggal tertembak, AR Badul mahu tuntut hak - “Bukan nak bolot harta arwah tapi hak saya... anak-anak sendiri tak mengaku saya bapa”

“Saya ayah dia, tapi tak layak nak dapat tuntutan terhadap hak Allahyarham.

“Pihak sebelah sana (bekas isteri) kata saya tak ambil tahu tentang anak (Mohd Zahir) sejak kecil dan kata saya bukan bapa dia.

“Ini bukan soal duit tapi tentang hak saya sebagai bapa, saya berani untuk tampil ke hadapan, ” katanya kepada mStar.

Mohd Zahir yang juga pegawai komando, maut pada 4 September 2019 ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi