suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Rasa macam minta sedekah, buat saya marah!” - Awal Ashaari ajak syarikat perabot bersemuka

PENGACARA Awal Ashaari berlapang dada untuk menyelesaikan isu fitnah antaranya dengan sebuah syarikat perabut dan hiasan dalaman tanpa melalui proses mahkamah.

Awal, 39, yakin isu itu boleh diselesaikan dengan baik jika syarikat berkenaan memberikan kerjasama.

“Saya tak nak masuk court lagi dengan benda-benda macam ni kerana ia banyak membuang masa, tenaga dan wang.

“Tapi kalau anda tak bagi saya pilihan untuk selesaikan dengan baik, saya terpaksa heret ke mahkamah, ” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 5 November lalu, pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa mendakwa Awal ada membuat kenyataan berniat jahat bertujuan merosakkan imej, jenama dan reputasi syarikatnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi