“Kelabu ke muka saya pakai makeup?” - Syamel tak sangka peminat tegur tona wajah tak sama dengan warna kulit

PENYANYI Syamel mengakui dia tidak gemar mengenakan solekan namun terpaksa akur jika perlu tampil dengan solekan ringkas bagi menjayakan sesebuah rancangan hiburan.

Menurut Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, solekan adalah penting untuk dia tampil dengan lebih menarik.

“Selalunya saya malas nak mekap, tapi kalau kita dalam rancangan TV kenalah tampil menarik dan saya hanya mengenakan sedikit je.

“Saya tak sangka peminat perasan tentang mekap... ke kelabu?” ujarnya kepada mStar.

Menjawab kepada pertanyaan sama ada Ernie Zakri membantunya mengenakan solekan, dia mengakui tunangnya sering menasihatkannya tentang penampilan diri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi