suria

“Orang buat lawak tentang badan saya konon tak muat masuk pintu” - Nasz Sally malas layan isu ‘body shaming’

PELAKON Nasz Sally memberitahu dia sudah biasa menjadi mangsa 'body shaming' kerana bentuk fizikal badannya yang dalam kategori 'plus size'.

Namun ujar Nasz atau nama sebenar Nazurah Hanoom Hanafie, dia jarang mengambil hati dengan gurauan tentang bentuk badan sebaliknya memandang semua perkara daripada sudut positif.

“Saya dah biasa daripada dulu orang body shaming untuk membuat lawak tentang badan saya. Contohnya kata saya tak muat masuk pintu, tapi its okay! Saya memandang daripada sudut positif untuk memperbaiki diri.

“Saya bersyukur disebabkan plus size inilah... rezeki saya sering datang dan diminta oleh pengarah dan penerbit untuk watak sebegini, ” ujarnya kepada mStar.

Nasz ditemui di set penggambaran filem Selamat Hari X Jadi di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dalam pada itu, Nasz berharap agar mereka yang mempunyai bentuk badan bersaiz besar terus yakin dengan diri sendiri dan harus percaya setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi