“Sejak dah famous ni kawan pun bertambah” - BitoBeyto tak lupa asal usul, masih aktif jadi pemuzik jalanan

PENYANYI BitoBeyto berkata nama pentas yang agak unik itu diberikan oleh neneknya sejak kecil.

Kata Bito atau nama sebenarnya Kamal Aiman, dia sendiri tidak pasti daripada mana neneknya mendapat idea untuk memanggilnya dengan nama timangan berkenaan.

“Saya pun tak tahu kenapa nenek memberikan nama Bito semasa saya tinggal dengannya ketika kecil dahulu. Yang pastinya tiada pengaruh bahasa Jepun seperti yang didakwa.

“Manakala panggilan Beyto pula bermula ketika berada di bangku persekolahan, ada rakan yang sukar nak sebut Bito jadi saya ambil keputusan untuk gabungkan kedua-dua nama tersebut menjadi satu,” katanya kepada mStar.

bitobeyto
Semua
Hiburan
Berita
Variasi