suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kasut saya RM5,000, seluar dalam RM3,000... tapi jangan tuduh duit saya haram!” - Aliff mahu ambil tindakan undang-undang

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka apabila menjadi punca kemelut harta peninggalan Allahyarham Abam.

Menurut Aliff, dia tidak berniat untuk mengambil kesempatan terhadap pertelingkahan antara balu arwah Nor Hidayah dan Ali Puteh.

“Saya memohon maaf sebab tidak ingin perkara ini diperbesarkan... saya hanya insan yang kerdil, tersepit dan tidak tahu apa sebenarnya isu ini.

“Tak patut Ali kata saya perlu bertaubat dan tuduh saya punca korang bergaduh padahal korang sudah ada konflik dah lama"

“Istilah saya mengambil kesempatan, mengaut keuntungan sebenarnya tidak betul... perkara ini ibarat penghinaan buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, pengasas kosmetik ini ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary kerana didakwa memuat naik status memfitnah terhadap produk keluarnya.

Katanya, tindakan ustaz berkenaan yang menuduh produk Aliff Syukri sebagai haram dan tidak ada kelulusan telah menjatuhkan reputasi perniagaannya.

“Kalau awak nak kata saya belut elektrik saya tak kisah, yang penting saya pakai jam berapa ratus ribu, kasut saya RM5,000, seluar dalam saya RM3,000 tapi jangan tuduh barang saya haram atau kata saya tiada kelulusan. Awak bukan tuhan nak hukum saya haram,” ujarnya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi