Andi Bernadee luah perasaan sering kena maki - Video | mStar

PENYANYI Andi Bernadee mengakui sukar menilai penerimaan orang ramai terhadapnya sejak memulakan kerjaya sebagai penyanyi.

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, keraguan itu timbul kerana dia sering menerima kecaman netizen di media sosial.

"Setiap kali nak buat persembahan saya rasa berdebar dan tertanya-tanya sama ada akan dapat sambutan atau tidak.

"Kalau online (Instagram) semua asyik nak maki je," katanya kepada mStar Online.


Andi Bernadee tidak menyangka dapat sambutan luar biasa penonton

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Satu Peluang ini ditemui semasa majlis pelancaran sebuah jenama alat karaoke pintar di Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut mengenai sambutan peminat terhadapnya pada masa ini, Andi berkata dia sangat terharu apabila menerima sambutan luar biasa ketika memeriahkan sebuah acara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Lendu di Melaka baru-baru ini.

Perbandingan Andi pada percubaan awal menceburi industri muzik

“Dulu saya pernah alami pengalaman penonton beredar sebaik sahaja tiba giliran untuk menyanyi kerana mereka tak kenal.

"Saya bermula dari bawah. Tapi penonton di UiTM Lendu sangat mengujakan, mereka bagi sambutan yang cukup baik," katanya.

Selain itu Andi berkata dia bakal melancarkan single terbarunya berjudul Donde dalam masa terdekat.

“Saya akan lancarkan single terbaru pada minggu hadapan yang bertajuk Donde. Jauh disudut hati saya dapat rasakan single ini bakal mengatasi kejayaan single Satu Peluang yang sudah mendapat lebih 13 juta tontonan di YouTube setakat ini.

“Donde membawa maksud 'di mana' dalam bahasa Sepanyol,” kata Andi.

andi bernadee
Semua
Hiburan
Berita
Variasi