suria

Suara Adira masih macam dulu, tak ada beza - Hafiz Suip

PENYANYI Adira Suhaimi tidak menolak kemungkinan akan ada projek terbaharu gandingannya bersama Hafiz Suip.

Menurut Adira, mereka mempunyai perancangan kearah itu, namun kekangan waktu membuatkan duet itu tidak dapat direalisasikan.

"Insya-Allah kalau ada rezeki, perancangan tu memang ada tapi masa yang tak ada. Belum ada keputusan lagi, doa-doakanlah semoga kami ada peluang nyanyi bersama lagi.

"Sejujurnya, ramai sangat peminat tanya tentang perkara ini, tapi saya tak boleh nak jawab sekarang.

"Apa yang boleh saya kata... kalau ada nanti kami beritahu, tapi buat masa ni belum ada lagi. Tunggu sahaja ya!," katanya kepada mStar Online.

Adira ditemui semasa program Jelajah Suria 2019 yang diadakan di Angsana Johor Bahru Mall, Johor pada Sabtu lalu.

Sementara itu, Hafiz pula berkata penyanyi lagu Pujaan Hati ini masih mempunyai kehebatan vokal yang sama dan tidak berubah.

"Suara Adira masih sama, merdu dan hebat.

"Memang seronok kalau dapat bekerja dengan Adira lagi, doa-doakan supaya ada rezeki dan peluang itu," katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR ONLINE

Adira Suhaimi, Hafiz Suip


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi